Muzaffar Musa
Mon Aug 10 2020
Max Verstappen mengakui bahawa dia terkejut untuk memenangi Grand Prix Ulang Tahun ke-70 di Litar Silverstone malam tadi.
Pasukan Mercedes mendominasi empat perlumbaan pertama Formula 1 (F1) musim 2020 dan dilihat akan meneruskan penguasaan mereka apabila mengisi dua petak hadapan dalam perlumbaan itu.
Bagaimanapun, Verstappen mempamerkan pemanduan bijaknya untuk melonjakkan diri dari petak keempat dengan pemilihan Red Bull untuk menggunakan tayar dengan kompaun lebih keras banyak membantunya memperoleh kejuaraan kesembilan dalam keriernya sementara jentera Mercedes pula kelihatan bergelut dalam cuaca panas di litar itu.
Pemandu berbangsa Belanda itu menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 11 saat di depan pencabat terdekat, Lewis Hamilton, yang memintas seorang lagi pemandu Mercedes, Valtteri Bottas, pada penghujung saingan.
Pemandu Red Bull itu mengakui terkejut dengan penamat perlumbaan berkenaan.
"Saya tidak sedar kemenangan ini akan tiba tetapi sejak dari awal, tayar kami amat bagus," kata Verstappen, yang mengatasi Bottas untuk mengisi tangga kedua kedudukan keseluruhan kategori pemandu.
"Tetapi sudah pasti selepas itu terdapat persoalan mengenai bagaimana pemanduan Mercedes dengan tayar yang keras.
"Kami mendapat rentak yang baik dengan jentera ini dan saya tidak ada isu langsung dengan tayar. Kami hanya meneruskan usaha.
"Ia sudah pasti satu keputusan yang luar biasa untuk memenangi perlumbaan di sini, kami mempunyai hari yang hebat -- segala-galanya menjadi dan kami memiliki strategi yang tepat.
"Semuanya berjalan lancar dan saya amat gembira dengan kemenangan ini," katanya.
F1: Saya calon 'menarik' ambil alih tempat Hamilton -- Alonso
Fernando Alonso percaya dia adalah calon yang 'menarik' untuk menggantikan Lewis Hamilton di Mercedes -- tetapi telah menafikan mengadakan perbincangan dengan Silver Arrows.
Toto Wolff: Mercedes mungkin beralih tumpuan kepada musim hadapan
Prinsipal pasukan Mercedes, Toto Wolff, mengakui pasukan itu tidak lama lagi mempunyai pilihan selain berputus asa terhadap pembangunan kereta musim ini dan fokus pada tahun depan.
F1: Hamilton sedia cabar Verstappen buru kejuaraan dunia
Lewis Hamilton berikrar untuk meneruskan bersaing dalam Formula Satu selama yang boleh untuk mencabar Max Verstappen untuk kejuaraan dunia sekali lagi.
F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Max Verstappen mencatatkan kemenangan dominan di Grand Prix Sepanyol semenatara Lewis Hamilton dan George Russell menduduki tempat kedua dan ketiga untuk Mercedes.
F1: Hamilton harap Mercedes menyerlah di GP Sepanyol
Lewis Hamilton telah mengakui bahawa peningkatan Mercedes adalah 'bukan langkah ke hadapan' yang dia harapkan menjelang Grand Prix Sepanyol.
F1: Nafi bakal sertai Ferrari, Hamilton jangka bakal perbaharui kontrak bersama Mercedes
Lewis Hamilton menafikan dia telah ditawarkan kontrak oleh Ferrari dan menjangka untuk menandatangani perjanjian baharu Mercedes 'dalam beberapa minggu akan datang'.
F1: Mana mungkin Hamilton sertai Ferrari -- Ecclestone
Bernie Ecclestone berkata dia akan terkejut jika Ferrari melakukan perpindahan terbesar dalam sejarah Formula Satu baru-baru ini dengan menandatangani Lewis Hamilton.
F1: Lewis Hamilton bermula di petak ke-13 GP Miami
Lewis Hamilton akan memulakan perlumbaan Grand Prix Miami dari tempat ke-13 berikutan sesi kelayakan untuk mengecewakan buat juara dunia tujuh kali itu di Amerika Syarikat.
F1: Lewis Hamilton jangka jentera Mercedes terus dibayangi Red Bull
Lewis Hamilton percaya Mercedes memerlukan baki kempen Formula Satu (F1) musim ini untuk mencapai kedudukan di mana mereka mampu mencabar pelumba Red Bull.
F1: Mercedes akur tukar reka bentuk jentera
Toto Wolff mengakui Mercedes harus menukar reka bentuk kereta mereka untuk kembali mendominasi Formula Satu (F1).
PSG must remain 'positive' despite Bayern defeat, says Luis Enrique
Luis Enrique: PSG must be positive
De Jong must fight for Barcelona spot, says Flick ahead of Las Palmas clash
Flick: De Jong must fight for place
Bayern form not enough to win Klassiker at Dortmund, says Kompany
Kompany: Bayern form not enough
Tottenham need to get used to life without Vicario, according to Postecoglou
Vicario out for months not weeks
Halep questions 'big difference' in doping punishments after Swiatek ban
Halep hits out after Swiatek ban
Suaalii boost for Australia ahead of Ireland clash
Suaalii fit to play against Ireland
Harry Brook century gets England back on track on day two in Christchurch
Brook saves England on day two
Bottas says he "could see" himself linking up with Verstappen at Red Bull
Bottas relishes racing with Max
The Numbers Game: Will Slot's Liverpool prolong Man City's dreadful run?
The Numbers Game: Liverpool v City
Hojlund calls for patience with Amorim's Man Utd
Preview: Man Utd v Everton