Pembantu Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Ramiro Gonzalez, dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang oleh Real Madrid Graduate School sekali gus melengkapkan program Master's in Football Management and Methodologies of the Game.

Dia terlibat dalam barisan kejurulatihan di buat skuad Harimau Selatan sejak 2021 mendapatkan pujian setelah cemerlang dalam peringkat akademik, penglibatan aktif dan dalam aspek kepimpinan selain mempunyai minat mendalam dalam sukan bola sepak.

Jurulatih berusia 30 tahun itu bakal menghadiri majlis graduasi di Stadium Santiago Bernebeu pada Julai ini.

Menurut surat dari Pengarah Program, David Viejo Romero menjelaskan:"Dedikasi anda, usaha, komitmen dan minat kepada bola sepak sangat terserlah sepanjang program Master ini. Kebolehan teknik pemikiran analitikal, kepimpinan, kerjasama dan ‘decision-making’ telah menjadikan anda contoh kepada rakan-rakan lain dan juga sebagai pelajar cemerlang.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim terutama kepada Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail atas sokongan yang tidak ternilai sepanjang pengajian beliau dalam program Master ini."