Di sebalik kegembiraan Los Blancos yang sedang merayakan kejuaraan ke-15 trofi Liga Juara-Juara, mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa ada harga yang perlu dibayar oleh kelab gergasi Sepanyol itu kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea.

Real dianggarkan perlu menyelesaikan bayaran hasil kemenangan tersebut dengan jumlah 13 hingga 15 juta pound kepada Chelsea.

5-7 juta adalah hasil perjanjian yang telah dimerterai dan dipersetujui berdasarkan pembelian yang dibuat oleh Real Madrid terhadap Eden Hazard daripada Chelsea.

Ia termaktub dalam perjanjian tersebut yang menyatakan bahawa Real Madrid harus membayar kepada kelab tersebut di atas setiap kemenangan trofi yang catatkan sejak perpindahan Hazard pada 2019.

Manakala 8 juta pound pula perlu dibayar oleh Real Madrid kepada Chelsea disebabkan status pemain pinjaman Kepa Arrizabalaga oleh Real Madrid.