Bola sepak Sepanyol dikejutkan dengan berita tiga penyokong kelab Valencia telah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan kerana jenayah diskriminasi terhadap pemain sensasi Real Madrid, Vinicius Junior.

Mereka bertiga didapati bersalah selepas melemparkan kata-kata berbaur rasis serta melibatkan perkauman kepada pemain kebangsaan Brazil itu ketika di Stadium Mestalla, Mei 2023.

Selain itu, mereka turut menerima hukuman berbeza iaitu wajah penjenayah tersebut diharamkan memasuki mana-mana stadium di seluruh Sepanyol selama tempoh dua tahun.

Buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Sepanyol, sabitan jenayah kesalahan sedemikian merupakan yang terulung di sana dan diperkenan oleh Presiden Laliga, Javier Tebas.

“Keputusan ini adalah berita baik untuk memerangi perkauman di Sepanyol,” katanya.

"Keputusan itu adalah berita baik buat semua dan dibuat bagi memerangi isu perkauman khususnya dalam bola sepak di negara ini.

"Vinicius menerima kritikan yang teruk dan disebabkan itu, langkah perlu diambil untuk menghantar mesej yang jelas kepada semua penyokong bola sepak," katanya.