Penembak pelapis negara, Umar Fareed Faroukh, memenangi pingat emas dalam acara menembak 250 meter standard pistol lelaki Sukan Malaysia (Sukma) di Majlis Sukan Malaysia (MSN) hari ini.

Penembak Negeri Sembilan itu turut memperbaharui catatan peribadi terbaik dengan menghimpunkan 550 mata untuk bergelar juara.

"Alhamdulillah, selepas lama berlatih, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu-bapa saya dan jurulatih saya," katanya kepada Astro Arena.

"Banyak cabaran yang saya lalui sepanjang saya berlatih di MSN dan Alhamdulillah, segala yang saya dapat sewaktu latihan dapat saya gunakan di sini.

"Bagi saya, ia masih ada kekurangan kerana saya percaya jika tiada kesilapan yang saya lakukan tadi, saya mungkin dapat memecahkan rekod Sukma.

"Tetapi saya bersyukur dengan rezeki saya hari ini," katanya lagi.

Dua penembak Pahang, Azrul Akmal Zulkefli dan Putera Muhammad Akram Idham Zunaidi, mengisi kedudukan podium selepas masing-masing mengumpulkan 541 dan 537 mata.