Dua penembak negara yang bakal membuat kemunculan sulung dalam Sukan Asia Hangzhou yang bermula Sabtu ini mahu menggunakan kesempatan ini untuk memberi tentangan sengit bagi mengukur kemampuan mereka.

Penembak rifle 10 dan 50 meter wanita, Alia Husna Budruddin, tidak berasa sebarang tekanan malah teruja berkesempatan menguji pencabar yang lebih hebat.

"Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk memikul tanggungjawab ini.

"Ini peluang keemasan bagi saya jadi penyertaan peserta handalan membolehkan saya menguji kemampuan.




"Saya berikan tumpuan tinggi untuk persiapan," katanya.

Dalam pada itu, penembak muda lelaki bagi acara serupa, Haritz Iklil Hessly Hafiz, tidak menyangka dapat melayakkan diri memandangkan ia adalah temasya terbesar pertama yang bakal disertainya.

Justeru, dia perlu mencabar diri sendirinya terlebih dahulu untuk mengulangi rekod kebangsaan 248.3 mata acara 10m rifle yang direkodkan Mei lalu.

"Persiapan saya disusun rapi dan kejohanan lalu banyak memberi iktibar, banyak lagi yang perlu ke diperbaiki.

"Jadi sasarkan untuk catatan peribadi terbaik ketika di sana," katanya.