Penembak negara, Johnathan Wong dan Nurul Ssyasya Nadiah Arifin, jelas terganggu dengan tindakan juri yang menghalang mereka daripada mendapatkan panduan jurulatihnya, Mohamad Firdaus Abdul Rahim.

Tindakan tegas oleh juri Sukan Asia Hangzhou di Pusat Sukan Fuyang Yinhu itu telah menggugat aksi mereka dalam kelayakan 10 meter air pistol campuran hari ini.

Menurut Firdaus, Malaysia seolah-olah menjadi tumpuan pihak juri apabila interaksinya bersama Johnathan berulang kali dihalang dan menerima amaran berdepan hukuman keluar dari kawasan pertandingan.

"Kami rugi dalam tembakan kedua sebab ketika itu saya mula tertanya-tanta mengenai posisi tembakan dan genggaman pistol yang betul.




"Jadi dengan maklumat yang boleh dikongsi oleh jurulatih.

"Jadi saya perlu bertindak sendirian," kata penembak di ranking ke-61 dunia, Johnathan.

Dalam pusingan kelayakan itu, Johnathan dan Syasya berkongsi 573 mata dengan Pakistan, namun perbezaan faktor ketepatan menyaksikan pihak lawan menjamin tangga keenam, secara tidak langsung menafikan hasrat negara untuk melangkah ke final.