Addeen Idrakie Bahtiar enggan mengibarkan bendera putih terlalu awal di sebalik bakal dijadual bertemu dengan bekas pemain nombor tiga, Omar Mosaad, dalam undian Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia.

Sehubungan itu, pemain raking ke-83 dunia tersebut sudah merangka taktikal khas dalam usaha melepasi ranjau awal di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil yang bakal membuka tirai Selasa ini.

"Sudah tentu saya juga mengintai pusingan kedua, tapi dalam masa sama saya harap mampu berikan saingan sengit kepada Omar Mosaad.




"Saya harap sekurang-kurangnya mampu memenangi dua set, itu fokus saya.

"Saya tahu kekuatan sendiri termasuk stamina yang tinggi.

"Saya mahu gunakan kesempatan ini memandangkan pergerakan pihak lawan agak perlahan berikutan bertubuh besar jadi saya perlu banyak buat pukulan ke bawah, elak pukulan ke bahagian tengah badannya," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.