Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow, menumbangkan pilihan utama, Joel Makin, untuk mengatur langkah ke final Terbuka Jerman.

Begitupun, dalam temu bual bersama Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas perlawanan, Eain Yow mengakui perlu berwaspada dengan rentak permainannya.


"Saya tak boleh terlalu teruja, pada awal set ketiga saya buat silap dan dia menghukum saya.

"Saya rasa dia juga sedang bertahan dengan kecederaan hari ini," katanya di Hamburg.

Juara Sukan Asia itu membuka langkah dalam pertembungan Hamburg awal pagi tadi dengan mendominasi dua set awal.

Usaha Makin untuk menghidupkan peluangnya hanya bertahan ke set keempat sahaja sebelum tumpas dalam tempoh 73 minit permainan.

Apa pun, dia masih perlu mengatasi Dimitri Steinmann dari Switzerland sekiranya berhajat untuk muncul juara.