Pengarah kejurulatihan Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Major Maniam, mendedahkan ketahanan mental yang kuat serta 'attacking play' yang diterap menjadi resipi kejayaan lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow, selepas mencipta sensasi merangkul kejuaraan siri jelajah dunia Persekutuan Skuasy Dunia pertamanya di Terbuka Jerman 2024.

Mejar Maniam turut menyasarkan Eain Yow, bakal berada pada kelompok 10 terbaik menuju penghujung saingan tahun ini dengan kenaikan sebanyak 12 anak tangga dari rankingnya sebelum ini.

"Siapa-siapa yang mempunyai mental yang kuat akan memenangi perlawanan. Pemain lawan ialah pemain yang bagus dan dia menunjukkan permainan yang baik ketika Terbuka Malaysia.

"Oleh kerana Yow mempunyai permainan menyerang yang bagus, ianya menjadi kelebihan buat dia untuk menewaskan pihak lawan.

"Dia percaya pada dirinya dan dia akan memperbaiki gaya permainannya setiap masa supaya dia boleh fokus dan bermain pada tahap terbaiknya," kata Major Maniam dalam sesi temu ramah bersama wartawan Astro Arena,

Selepas ini, Eain Yow, dijangka kembali beraksi di Terbuka El gouna yang berlangsung di Mesir pada 19 hingga 26 April depan.

Ikuti Saluran Whatsapp Astro Arena di sini.