Fariha Razak
Mon Apr 01 2024
Jaguh skuasy wanita negara, S. Sivasangari, yang kini berada di ranking ke-16 dunia melakukan keajaiban dalam saingan Klasik London 2024 kali ini apabila bukan sahaja mara ke final, malah pada masa sama menyingkirkan dua pemain handalan dunia.
Dunia skuasy dikejutkan Sangari bermula ketika aksi suku akhir apabila dia dengan mudah menyingkirkan pemain nombor 1 dunia, Nour El Sherbini, yang juga merupakan juara dunia tujuh kali, dengan kemenangan straight set 11-9, 11-9.
Lebih mengagumkan, wakil dari Mesir ini juga tidak pernah ditewaskan oleh mana-mana pemain luar dari kelompok 10 terbaik dunia sejak tahun 2015.
Kejutan di London tidak terhenti di situ. Dalam separuh akhir berdepan pemain rangking keempat dunia, Sivasangari lakukannya sekali lagi.
Walaupun ketinggalan pada awal permainan, dia tetap bangkit sekaligus menunjuk jalan keluar buat Nele Gilis selepas bertarung dalam perlawanan lima set dengan kemenangan 10-12, 11-7, 11-8, 10-12, 11-9.
Ini juga menyaksikan Sivasangari memperbaiki rekod pertemuan kepada 1-3 berdepan Wakil Belgium itu.
Sejarah tercipta buat Sivasangari, yang menjadi pemain Malaysia pertama mara ke final kejohanan bertaraf Emas dalam saingan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) sejak kali terakhir Datuk Nicol David melakukannya pada tahun 2015.
Seterusnya, aksi final akan berlangsung pada Isnin, 1 april 2024 pukul 10 malam waktu Malaysia dan Sivasangari akan berdepan pemain nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.
Jika pemain pilihan ketujuh ini dapat menewaskan El Hammamy, dia akan melakukan sejarah ‘hatrik’ menewaskan tiga pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia, sekali gus akan bergelar juara Klasik London 2024 dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak US$108,50 (RM512,608).
Skuasy Berpasukan Dunia WSF: Malaysia ke separuh akhir mudah atasi England
Skuad skuasy wanita negara mudah menewaskan pasukan pilihan keempat, England, 2-0 untuk ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia di Hong Kong sebentar tadi.
Skuasy Remaja Terbuka KL: Ayesha Rania cipta sensasi juarai B-19
Selepas membuat kejutan dengan menundukkan pemain pilihan pertama, Anrie Goh, dalam suku akhir kelmarin, Ayesha Rania Syed Kebir meneruskan rentak cemerlangnya apabila menumbangkan seorang lagi pemain pilihan, Keira Hickox, dari Kanada untuk menjuarai kategori B-19 Kejohanan Skuasy Remaja Terbuka Kuala Lumpur di Pusat Skuasy Nasional, Jalan Duta.
Skuasy Remaja Antarabangsa KL: Kejutan demi kejutan, Ayesha Rania ke final!
Nama perseorangan wanita B-19, Ayesha Rania Syed Kebir, terus menjadi bualan rata-rata penonton yang hadir di Gelanggang Skuasy Jalan Duta apabila cemerlang membenam cabaran dari wakil Australia, Joanne Joseph, 3-1 untuk melangkah ke final Kejohanan Skuasy Remaja Antarabangsa Kuala Lumpur Edisi Ke-16 esok.
Nicol David terima anugerah Dewan Kemasyuran
Legenda Negara, Datuk Nicol Ann David, diiktiraf sebagai salah seorang pemain skuasy terhebat sepanjang zaman selepas dilantik dalam satu majlis berhubung Dewan Kemasyhuran Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Hong Kong.
LA 2028: Ng Eain Yow, S. Sivasangari dalam landasan terbaik
Presiden Persatuan Skuasy Raket Malaysia (SRAM), Gerard Monteiro Clair, memberi pujian terhadap prestasi positif yang ditonjolkan pemain negara seperti S.Sivasangari dan Ng Eain Yow dalam kejohanan Terbuka Singapura, minggu lalu.
Skuasy Terbuka Singapura: Sivasangari atasi Aifa untuk ke suku akhir
S. Sivasangari mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Singapura apabila menewaskan rakan senegara, Aifa Azman, dalam aksi pusingan kedua di OCBC Arena hari ini.
Skuasy Terbuka Singapura: Eain Yow bakal tempuh cabaran lebih getir
Perseorangan skuasy lelaki utama negara, Ng Eain Yow, mencatat kemenangan tiga set ke atas V Senthilkumar dari India, hari ini.
Skuasy Piala Malaysia: Ajaz puji kehebatan Eain Yow, Sivasangari
Ketua jurulatih skuasy negara, Ajaz Azmat, memuji kehebatan dua pemain negara, Ng Eain yow dan S. Sivasangari, dalam Kejohanan Piala Malaysia yang berlangsung 12 hingga 17 November lalu.
Skuasy Terbuka Malaysia: Amina Orfi sekat hajat Sivasangari rangkul gelaran kedua
Pemain skuasy wanita negara, S.Sivasangari, terpaksa akur apabila tewas kepada pemain dari Mesir, Amina Orfi, 8-11, 11-9, 12-10, 8-11, 11-6, dalam final Skuasy Terbuka Malaysia, di The Curve, Mutiara Damansara, sebentar tadi.
Skuasy Terbuka Malaysia: Sivasangari tepati ramalan ke separuh akhir, tumpaskan rakan senegara
Pemain harapan negara, S. Sivasangari terus membuktikan kehebatannya apabila berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Skuasy Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
Van Nistelrooy sees Anfield loss as missed opportunity for Leicester
Van Nistelrooy rues missed chance
Piroe brace lifts Leeds to Championship summit
Leeds go top of Championship
Latest Liverpool title challenge 'feels different', says Salah
Salah: Reds title bid 'different'
Celtic move 12 points clear at Premiership summit after Motherwell thrashing
Celtic move 12 points clear
Liverpool 3-1 Leicester City: Salah scores 100th home Premier League goal in comeback win
Report: Liverpool 3-1 Leicester
Paterson stars as South Africa start strong
Paterson stars for South Africa
Spirit, not tactics, key to Pereira's pristine start at Wolves
Pereira praises Wolves spirit
Fernandes dismissal crucial to Wolves defeat, says Amorim
Amorim laments Bruno red card
'It's only logical' - Postecoglou defends Spurs slump amid injury crisis
Postecoglou defends Spurs slump
New boss Juric pleased with Southampton despite latest defeat
Juric happy with Saints performance