Pemainskuasy wanita nombor satu negara, S. Sivasangari membuktikan kelas tersendiri dalam gaya, mutu mahupun keunggulan sukan tersebut apabila merangkul Kejuaraan Klasik London.
Dalam perlawanan akhir di Alexandra Palace London itu, pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia tersebut menoktahkan secara konsisten siri pengembaraan hebat apabila menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El-Hammamy, 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 dalam aksi 81 minit.
Kemenangan kedua dalam enam pertemuan kedua-dua bintang sukan raket tersebut yang membolehkan juara Sukan Asia Hangzhou 2022 itu membawa pulang hadiah wang tunai ASD17,598 (RM83,141).
Selain kejuaraan berstatus emas arena skuasy berkenaan juga bakal melonjakkan atlet bumi jelapang padi Kedah Darul Aman berkenaan dalam status ranking 10 dunia pertama kali sepanjang kariernya.
Kejayaan itu menyaksikan Sivasangari menjadi pemain pertama negara mara ke perlawanan akhir yang kali terakhir dijelmakan legenda skuasy Datuk Nicol David pada 2015.
“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan kemenangan pada hari ini.
"Saya sangat gembira apabila berjaya mengendalikan permainan sepanjang minggu ini.
"Gembira berjaya menewaskan pemain kelompok 10 teratas dunia sebanyak tiga kali yang berada dalam prestasi terbaik masing-masing. Saya gembira dengan kemenangan ini," kata Sivasangari selepas perlawanan.
Bintang skuasy kelahiran Sungai Petani, Kedah sebelum itu mencipta sensasi apabila bangkit selepas tewas set pertama untuk menjinakkan pemain nombor empat dunia dari Belgium, Nele Gilis, 10-12, 11-7, 11-8, 10-12, 11-9 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama 94 minit
Sivasangari sebelum itu menyingkirkan cabaran pemain nombor satu dunia dari Mesir, Nour El Sherbini, 11-9, 11-9, pada suku akhir saingan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) tersebut.-Sinar
Stadium Astro
Tue Apr 02 2024
Skuasy Berpasukan Dunia WSF: Malaysia ke separuh akhir mudah atasi England
Skuad skuasy wanita negara mudah menewaskan pasukan pilihan keempat, England, 2-0 untuk ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia di Hong Kong sebentar tadi.
Skuasy Remaja Terbuka KL: Ayesha Rania cipta sensasi juarai B-19
Selepas membuat kejutan dengan menundukkan pemain pilihan pertama, Anrie Goh, dalam suku akhir kelmarin, Ayesha Rania Syed Kebir meneruskan rentak cemerlangnya apabila menumbangkan seorang lagi pemain pilihan, Keira Hickox, dari Kanada untuk menjuarai kategori B-19 Kejohanan Skuasy Remaja Terbuka Kuala Lumpur di Pusat Skuasy Nasional, Jalan Duta.
Skuasy Remaja Antarabangsa KL: Kejutan demi kejutan, Ayesha Rania ke final!
Nama perseorangan wanita B-19, Ayesha Rania Syed Kebir, terus menjadi bualan rata-rata penonton yang hadir di Gelanggang Skuasy Jalan Duta apabila cemerlang membenam cabaran dari wakil Australia, Joanne Joseph, 3-1 untuk melangkah ke final Kejohanan Skuasy Remaja Antarabangsa Kuala Lumpur Edisi Ke-16 esok.
Nicol David terima anugerah Dewan Kemasyuran
Legenda Negara, Datuk Nicol Ann David, diiktiraf sebagai salah seorang pemain skuasy terhebat sepanjang zaman selepas dilantik dalam satu majlis berhubung Dewan Kemasyhuran Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Hong Kong.
LA 2028: Ng Eain Yow, S. Sivasangari dalam landasan terbaik
Presiden Persatuan Skuasy Raket Malaysia (SRAM), Gerard Monteiro Clair, memberi pujian terhadap prestasi positif yang ditonjolkan pemain negara seperti S.Sivasangari dan Ng Eain Yow dalam kejohanan Terbuka Singapura, minggu lalu.
Skuasy Terbuka Singapura: Sivasangari atasi Aifa untuk ke suku akhir
S. Sivasangari mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Singapura apabila menewaskan rakan senegara, Aifa Azman, dalam aksi pusingan kedua di OCBC Arena hari ini.
Skuasy Terbuka Singapura: Eain Yow bakal tempuh cabaran lebih getir
Perseorangan skuasy lelaki utama negara, Ng Eain Yow, mencatat kemenangan tiga set ke atas V Senthilkumar dari India, hari ini.
Skuasy Piala Malaysia: Ajaz puji kehebatan Eain Yow, Sivasangari
Ketua jurulatih skuasy negara, Ajaz Azmat, memuji kehebatan dua pemain negara, Ng Eain yow dan S. Sivasangari, dalam Kejohanan Piala Malaysia yang berlangsung 12 hingga 17 November lalu.
Skuasy Terbuka Malaysia: Amina Orfi sekat hajat Sivasangari rangkul gelaran kedua
Pemain skuasy wanita negara, S.Sivasangari, terpaksa akur apabila tewas kepada pemain dari Mesir, Amina Orfi, 8-11, 11-9, 12-10, 8-11, 11-6, dalam final Skuasy Terbuka Malaysia, di The Curve, Mutiara Damansara, sebentar tadi.
Skuasy Terbuka Malaysia: Sivasangari tepati ramalan ke separuh akhir, tumpaskan rakan senegara
Pemain harapan negara, S. Sivasangari terus membuktikan kehebatannya apabila berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Skuasy Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
Van Nistelrooy sees Anfield loss as missed opportunity for Leicester
Van Nistelrooy rues missed chance
Piroe brace lifts Leeds to Championship summit
Leeds go top of Championship
Latest Liverpool title challenge 'feels different', says Salah
Salah: Reds title bid 'different'
Celtic move 12 points clear at Premiership summit after Motherwell thrashing
Celtic move 12 points clear
Liverpool 3-1 Leicester City: Salah scores 100th home Premier League goal in comeback win
Report: Liverpool 3-1 Leicester
Paterson stars as South Africa start strong
Paterson stars for South Africa
Spirit, not tactics, key to Pereira's pristine start at Wolves
Pereira praises Wolves spirit
Fernandes dismissal crucial to Wolves defeat, says Amorim
Amorim laments Bruno red card
'It's only logical' - Postecoglou defends Spurs slump amid injury crisis
Postecoglou defends Spurs slump
New boss Juric pleased with Southampton despite latest defeat
Juric happy with Saints performance