Pemain skuasy negara, Addeen Idrakie, yang sebelum ini berjauhan dari keluarga selama dua tahun demi melaksanakan tugasan bersama negara pulang untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama.

Lebih menggembirakan, kehadiran cahaya sulung pertama memeriahkan suasana dan menjadikan pengalaman berharga buat dirinya bersama isteri yang dicintai.

"Pertama sekali, saya sangat gembira kerana akhirnya dapat beraya di Malaysia dan paling teruja dapat beraya bersama anak dan isteri saya.

"Ini merupakan kali pertama kami menyambut perayaan bersama-sama selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga,” katanya.

"Seawal raya kedua atau ketiga, saya sudah mula untuk melakukan latihan," katanya apabila ditemu ramah oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari yang sempat beraya dirumahnya.