Anugerah Sukan Dunia Laureus 2024 baru sahaja berlangsung pada isnin lepas dan sedar tidak sedar, seorang permata negara antara yang menghiasi majlis penuh prestij itu.Insan yang dimaksudkan adalah Datuk Nicol Ann David yang menjadi antara pengundi buat anugerah itu sebagai satu-satunya Ahli Akademi Sukan Laureus 2024.
Lebih mendapat tumpuan adalah peragaan pakaian ditonjolkan bekas pemain skuasy nombor satu dunia itu yang dijahit khas oleh pereka fesyen terkemuka negara Rizman Ruzaini.
Perkara itu sekali gus membanggakan rakyat Malaysia sendiri apabila dua elemen ikonik tempatan berdiri gah di bumi Madrid.
Skuasy Remaja Terbuka KL: Ayesha Rania cipta sensasi juarai B-19
Selepas membuat kejutan dengan menundukkan pemain pilihan pertama, Anrie Goh, dalam suku akhir kelmarin, Ayesha Rania Syed Kebir meneruskan rentak cemerlangnya apabila menumbangkan seorang lagi pemain pilihan, Keira Hickox, dari Kanada untuk menjuarai kategori B-19 Kejohanan Skuasy Remaja Terbuka Kuala Lumpur di Pusat Skuasy Nasional, Jalan Duta.
Skuasy Terbuka Malaysia: Amina Orfi sekat hajat Sivasangari rangkul gelaran kedua
Pemain skuasy wanita negara, S.Sivasangari, terpaksa akur apabila tewas kepada pemain dari Mesir, Amina Orfi, 8-11, 11-9, 12-10, 8-11, 11-6, dalam final Skuasy Terbuka Malaysia, di The Curve, Mutiara Damansara, sebentar tadi.