Walaupun gagal mengulangi pencapaian pingat emas dalam dua edisi Sukan Komanwel sebelum ini, skuad skuasy negara tetap melakar keputusan positif dalam temasya Gold Coast 2018 menerusi kemampuan pemain muda bersaing di pentas lebih besar.
Skuad negara terpaksa berpuas hati membawa pulang satu gangsa menerusi Nafiizwan Adnan dalam acara perseorangan lelaki.
Ia disebabkan prospek utama, Datuk Nicol David, gagal mempertahankan emas perseorangan wanita yang dimenanginya di New Delhi 2010 dan Glasgow 2014.
Bagaimanapun, di sebalik kegagalan Nicol, pemain-pemain muda menunjukkan aksi meyakinkan dalam penampilan sulung masing-masing dalam temasya empat tahun sekali itu.
Tatkala gandingan S. Sivasangari-Rachel Arnold berjaya mengalahkan juara beregu dunia 2016 dan 2017 dari New Zealand sebelum tewas di suku akhir, beregu lelaki, Syafiq Kamal-Ng Eain Yow pula hampir mengejutkan juara beregu dunia 2016 dari Scotland sebelum turut tersingkir dalam suku akhir.
"Saya rasa bangga untuk mengatakan bahawa pemain beregu lelaki dan wanita telah menundukkan juara dunia dan barisan pemain elit.
"Mereka masih mempunyai tugas yang perlu diselesaikan sebelum memenangi lebih banyak aksi dalam kejohanan bertaraf dunia seperti Sukan Komanwel," kata Pengarah Kejurulatihan, Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam.
Temasya edisi ke-21 itu juga menajdi pendedahan berharga buat pemain remaja, Aifa Azman, walaupun dia dan gandingannya, Sanjay Singh, terkandas dalam beregu campuran di peringkat 16 terakhir.
Apa yang pasti, pencapaian Nafiizwan memahat sejarah tersendiri selaku pemain lelaki pertama menyumbang pingat tetap boleh dibanggakan meskipun kegagalan Nicol tetap menyedihkan dalam penampilan yang mungkin menjadi aksi terakhir legenda negara itu dalam Sukan Komanwel.
"Ini adalah satu fakta. Dia sudah banyak berkorban untuk negara dan sering membawakan keputusan yang cemerlang tetapi tidak bernasib baik pada kali ini.
"Dalam masa sama, pemain seperti Sivasangari sudah bersedia untuk mengikut jejak langkah Nicol. Saya rasa kita akan dapat melihat perkembangannya dalam saingan Komanwel yang akan datang."
Penulis Jemputan
Sun Apr 15 2018
Kejohanan Dunia Skuasy: Tujuh pemain galas cabaran negara ke Mesir
Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) menyenaraikan tujuh atlet yang bakal mengharungi cabaran Kejohanan Skuasy Dunia CIB PSA 2023-2024.
Nicol David tampil menawan bak primadona di Madrid
Anugerah Sukan Dunia Laureus 2024 baru sahaja berlangsung pada isnin lepas dan sedar tidak sedar, seorang permata negara antara yang menghiasi majlis penuh prestij itu
S. Sivasangari lonjak dua anak tangga di ranking ke-11 dunia
S. Sivasangari kini berada dalam kelompok 11 terbaik dunia dalam kemaskini terbaru ranking dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) pada hari ini, iaitu merupakan ranking tertingginya sepanjang karier.
Chan Yi Wen ambil risiko untuk rebut tiket ke Kejohanan Dunia
Atlet skuasy wanita negara, Chan Yi Wen, mengambil risiko besar demi slot ke Kejohanan Skuasy Dunia apabila dia mencipta kemenangan pada aksi kelayakan zon Asia di Pusat Skuasy Nasional Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.
Syafiq Kamal sedia rebut slot tunggal Kejohanan Skuasy Dunia
Pemain Skuasy lelaki negara, Syafiq Kamal, tidak berdepan kesukaran dalam menewaskan rakan senegara, Hafiz Zhafri, yang berada di kedudukan yang lebih rendah berbanding dirinya yang merupakan pilihan keenam dalam kejohanan itu.
Addeen Idrakie kongsi kenikmatan raya bersama keluarga
Pemain skuasy negara, Addeen Idrakie, yang sebelum ini berjauhan dari keluarga selama dua tahun demi melaksanakan tugasan bersama negara pulang untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama.
Skuasy Terbuka Jerman: Mental yang kuat dorongan Eain Yow bergelar juara
Pengarah kejurulatihan Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Major Maniam, mendedahkan ketahanan mental yang kuat serta 'attacking play' yang diterap menjadi resipi kejayaan lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow, selepas mencipta sensasi merangkul kejuaraan siri jelajah dunia Persekutuan Skuasy Dunia pertamanya di Terbuka Jerman 2024.
Skuasy Terbuka Jerman: Eain Yow selangkah bergelar juara
Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow, menumbangkan pilihan utama, Joel Makin, untuk mengatur langkah ke final Terbuka Jerman.
Skuasy Klasik London: Sivasangari cipta sejarah muncul juara
Pemainskuasy wanita nombor satu negara, S Sivasangari membuktikan kelas tersendiri dalam gaya, mutu mahupun keunggulan sukan tersebut apabila merangkul Kejuaraan Klasik London.
Skuasy Klasik London: S. Sivasangari hantar pulang dua pemain kelompok 10 terbaik dunia
Jaguh skuasy wanita negara, S. Sivasangari, yang kini berada di ranking ke-16 dunia melakukan keajaiban dalam saingan Klasik London 2024 kali ini apabila bukan sahaja mara ke final, malah pada masa sama menyingkirkan dua pemain handalan dunia.
NBA: Mavs eliminate Clippers, Magic overcome Mitchell's 50 to force Game 7
The Mavericks beat the Clippers to advance to the Western semifinals and the Magic topped the Cavaliers to keep their season alive
Nashville SC v CF Montreal: Smith knows strugglers must make home comforts count
Preview: Nashville v Montreal
Houston Dynamo v St. Louis City: Carnell eager to get going after extended break
St. Louis City travel to Texas to face the Houston Dynamo on Saturday.
Chicago Fire v New England Revolution: Acosta says composure key for misfiring hosts
Preview: Chicago Fire v New England
Vancouver Whitecaps v Austin FC: Sartini hails 'special' White ahead of enticing BC Place meeting
Sartini hails White ahead of Austin
Real Salt Lake v Sporting Kansas City: Mastroeni lauds team effort of Western Conference leaders
Mastroeni lauds Salt Lake
Hoffenheim 1-1 RB Leipzig: Kramaric denies visitors after Simons red card
Report: Hoffenheim 1-1 RB Leipzig
Alcaraz withdraws from Italian Open, Rublev to meet Auger Aliassime in Madrid
Alcaraz to miss Italian Open
Luton Town 1-1 Everton: Hatters squander opportunity to climb out of relegation zone
Report: Luton 1-1 Everton
Lakers fire coach Darvin Ham after swift first-round exit
Lakers fire Ham after 2 seasons