Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib, bertegas isu bajet terlalu tinggi tidak timbul memandangkan pengecilan bajet penganjuran mengikul model Sukan SEA 2017 bakal digunapakai.

Ia bagi menjamin penganjuran seterusnya mampu menyambung model yang sama cetusan dari penganjuran 2026 yang mungkin akan dibuat oleh Malaysia sekiranya kabinet mencapai kata putus positif dalam minggu ini.

Dia tidak menafikan bahawa Singapura juga berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, namun bagi penganjuran bersama ia perlu melewati kata putus kedua dua buah negara terlebih dahulu.

Dalam pada itu timbalan Timbalan Ketua Kontinjen Paris 2024, Datuk Nicol Ann David, menganggap tempoh dua tahun bukan sesuatu yang sukar dari segi persediaan atlet.

"Konfederasi Sukan Komanwel (CGF) ingin melihat modul yang mampan dan kita akan gunakan modul Sukan Sea 2017 dimana tidak perlu membuat perkampungan untuk atlet kerana perkara itu yang membuatkan kos melambung tinggi.

"Kita akan menggunakan modul Sukan SEA 2017 dimana hanya menggunakan hotel dan fasiliti yang sedia ada. Pada masa yang sama kita dapat membuat fasiliti untuk Sukan SEA 2027 secara tidak langsung.

"Ketika ini Singapura juga sedang melihat peluang untuk menjadi tuan rumah dan ada kemungkinan kita boleh berkerjasama dengan mereka. Tetapi jika mereka mahu menjadi hos secara solo, kita akan melihat satu kerugian." katanya.

"Saya tidak melihat terlalu banyak perbezaan, saya rasa para atlet sudah dalam keadaaan bersedia untuk Sukan Olimpik.

"Tidak kira dua tahun mahupun empat tahun sebelum mereka sudah pasti perlu berada di dalam keadaan yang bersedia kerana itu merupakan tugas sebagai seorang atlet." tambah Nicole Ann David.