Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, menghormati keputusan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia hari ini untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) dalam menganjurkan Sukan Komanwel 2026.

Tawaran itu sebelum ini diterima susulan pelawaan rasmi CGF kepada MOM dan CGA Malaysia untuk menganjurkan temasya empat tahun sekali itu bulan lalu selepas penarikan diri pemenang bidaan, Victoria, Australia tahun lalu.

"MOM selaku CGA Malaysia ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, khususnya kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kerana memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada tawaran yang dibuat oleh CGF sebelum ini.

"Setelah mengambil kira implikasi kewangan dan semua aspek penganjuran temasya itu. Kami dengan sepenuh hati memahami keputusan Kerajaan Malaysia untuk mengutamakan keperluan rakyat." katanya.