Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Norza Zakaria selaku Presiden MOM menyenaraikan keseluruhan 301 atlet negara ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.

Ia terdiri daripada 118 atlet dan kategori 1, 104 atlet dalam kategori B satu dan sejumlah 79 atlet dalam kategori B dunia.

Menurut kenyataan MOM, jumlah atlet negara meningkat selepas jawatankuasa pemilihan terima rayuan sejumlah 583 atlet untuk disenaraikan dalam B dunia.

Setelah meneliti rayuan persatuan, pihak sekretariat telah mencadangkan seramai 79 orang atlet kategori B2 diterima, dengan beberapa syarat.

Antaranya atlet di bawah kategori B2 berada dalam kedudukan lapan terbaik di peringkat Asia dan mereka menyertai Sukan Asia atas tajaan sendiri serta tidak disasarkan untuk memenangi pingat.

Bagaimanapun, mereka harus layak sekurang-kurangnya ke separuh akhir dalam acara masing-masing.

Jawatankuasa pemilihan juga memaklumkan bahawa peningkatan jumlah atlet ke temasya itu disebabkan penambahan 130 atlet yang merangkumi tujuh sukan berpasukan.

Sukan terbabit ialah bola keranjang, hoki lelaki dan wanita, kabbadi, kriket, perlumbaan bot tradisional, ragbi serta sepak takraw.

Senarai kontinjen negara akan dimuktamadkan Sabtu 15 Julai, 2023 dengan mengambil kira keputusan terkini Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand, Kejohanan Dunia Akuatik FINA di Fukuoka, Jepun, dan Kejohanan Menembak Trofi Chia Woh di Subang.