Giannis Antetokounmpo menjaringkan 40 mata sambil Damian Lillard menambah 27 lagi untuk membantu Milwaukee Bucks menewaskan Dallas Mavericks 132-125 dalam aksi NBA di Fiserv Forum hari ini.

Antetokounmpo menyempurnakan 18 daripada 26 jaringan padang dan melakukan 14 rebound dan tujuh bantuan, sekali gus mempamerkan kebangkitan selepas hanya menjaringkan 16 mata di Charlotte semalam.

Pat Connaughton kemudian menjaringkan 16 mata, termasuk satu jaringan tiga mata pada 67 saat terakhir untuk melebarkan penguasaan Bucks.

Kayrie Irvings, dalam pada itu, menjaringkan 39 mata buat Mavericks dan 35 mata lagi disumbangkan Luka Doncic tetapi ia belum cukup untuk menafikan kemenangan Bucks.