Untuk ciapan hari ini terpanggil untuk menulis mengenai dua selebriti kegemaran, satu semestinya berkenaan sukan dan saya memilih dari bola keranjang di NBA, Devin Armani Booker, atau lebih mesra dengan gelaran ‘Book’, pemain profesional yang asalnya mewakili pasukan Kolej Kentucky Wildcats dan dipilih untuk bersama Pheonix Suns atas bakatnya.

Tular di media sosial pada 2020 apabila dia dikaitkan dengan percintaan bersama salah seorang model tersohor berasal dari Amerika Syarikat, Kendall Jenner.

‘Power couple’ — Itu adalah perkataan paling sesuai untuk gambaran mereka yang berada di bahagian atas senarai pasangan selebriti hangat selama dua tahun tetapi selepas perdamaian singkat, kedua-duanya secara rasmi berpisah pada November 2022.

Namun, baru baru ini, mereka dilihat melepak bersama di dalam suite VIP di Super Bowl 2024. Lebih meyakinkan ada gambar Booker yang dimuat naik di laman instagram oleh anak kepada pemilik suite tersebut, Kylie Rubin.

Walaupun kelibat Kendal yang dikatakan kini hangat bercinta dengan penyanyi terkenal, Bad Bunny, tiada dalam gambar tersebut, dia kemudian dilihat bersama rakan dan keluarga termasuk adik-beradik Kim Kardashian dan Khloe Kardashian serta kawan baik, Hailey Bieber dan Justin Bieber, di dalam kotak sepanjang perlawanan tersebut.

Jadi, di manakah penyanyi rap reggaeton semasa Super Bowl? Ternyata, dia juga berada dalam perlawanan besar itu tetapi duduk di peti VIP yang lain.

As a fan, saya rasa ramai yang masih ingin melihat Booker dan Kendall bersama atas kecomelan dari segi posting di laman media sosial mereka yang dilihat seperti merpati dua sejoli.

Kendall mungkin ‘keeping up’ with Booker sekali lagi! #ifyouknowyouknow.