Gandingan Jaylen Brown dan Jayson Tatum menghasilkan 69 mata untuk memastikan Boston Celtics meraih kemenangan ketiga berturut-turut sejak permulaan NBA musim ini dengan menewaskan Washington Wizards 120-107 hari ini.

Brown menjaringkan 36 mata sambil Tatum pula dengan 33 mata di samping 15 mata yang disumbangkan Kristaps Porzingis, di sebalik kepulangannya ke Washington selepas perpindahannya dari kelab itu menjelang permulaan musim ini.

Ia merupakan musim kedua berturut-turut Celtics, yang layak ke final Sidang Timur musim lalu, memulakan kempen dengan tiga kemenangan.