Bila sebut pasal NBA, pasti saingan All-Star jadi tumpuan peminat sukan bola keranjang dunia ini dengan format bagi aksi 2024 sudah pun kembali kepada bentuk asal selain waktu bermain juga mengikut masa permainan sebenar NBA.

Dan NBA All-Star ini juga merupakan platform terbaik untuk semua pemain pamer segala jenis gaya permainan yang cukup ekstravaganza.

Aksi kali ini menyaksikan perlawanan dibahagikan kepada dua pasukan – Team East yang diketuai Giannis Antetokounmpo sementara Team West ditunjangi kecekapan LeBron James.

Suku pertama menyaksikan Team East mendahului 54-47 sebelum kemasukkan Steph Curry di suku kedua membangkitkan semangat melawan Team West namun kelebihan kekal memihak East 104-89.

Rekod baru pungutan mata di half time NBA All-Stars juga berjaya dicatatkan menerusi 193 mata dan antara individu paling menyerlah sudah pasti Damian Lillard yang menyumbang 22 mata.

Team East kekal mendahului di suku ketiga sebelum Team West berjaya mempersembahkan aksi cukup serius untuk mengejar pungutan mata namun belum cukup mendahului kelebihan East untuk kemenangan memihak pasukan Antetokounmpo 211 berbalas 186.