Tewas tujuh dari 10 perlawanan sebelum ini ternyata merupakan permulaan musim yang sangat buruk buat pasukan yang pernah menjulang gelaran NBA sebanyak tujuh kali dalam sejarah.

Dalam perlawanan berdepan Sacramento Kings pada Rabu, Golden State Warriors mensia-siakan kelebihan 24 mata apabila ‘flop’ di suku terakhir menyebabkan mereka tersingkir dari NBA in season tournament yang menawarkan tambahan wang tunai 500,000 USD kepada juara tetapi itu bukanlah misi sebenar kerana layak ke saingan play offs lebih penting!

Stephen Curry berkongsi yang kekalahan itu merupakan “a tough pill to swallow” yang tidak sepatutnya berlaku dan menggesa pasukannya untuk membuat refleksi diri supaya dapat beraksi dengan lebih baik.

Beraksi di Chase Center bertemu LA Clippers hari ini, Warriors tampak lebih konsisten untuk mendahului dari awal permainan. Walaupun Clippers cuba bangkit di quarter ketiga dan keempat, gandingan Curry dan Thompson yang menyumbangkan 26 dan 22 mata secara keseluruhan cukup untuk Warriors peroleh kemenangan kesembilan mereka dengan keputusan akhir 120-114.

Walaupun musim 23/24 baru saja bermula, Warriors masih bergelut mencari identiti sebenar dan ini memberikan gambaran kepada peminat dan pasukan lawan yang mereka bukan lagi ‘a real contender’ dalam NBA.

Sepatutnya, pemain berpengalaman seperti Draymond Green memberi contoh yang baik dan menjadi idola kepada ‘rookie players’ tetapi sebaliknya yang berlaku apabila dia terpalit dalam insiden pergaduhan dalam gelanggang yang memakan diri sendiri dan memberi kesan negatif kepada prestasi pasukan seperti apa yang berlaku ketika aksi bertemu Minnesota Timberwolves 15 November yang lalu, menyebabkan dia digantung lima perlawanan.

Selepas 19 perlawanan dengan hanya sembilan kemenangan, Warriors kini berada di kedudukan ke-11 secara keseluruhan di Western Conference. Jurulatih Warriors, Steve Kerr perlu melakukan sesuatu jika ingin melihat anak buahnya kembali ke prestasi sebenar sekaligus memperbaiki kedudukan mereka untuk layak ke aksi play offs.