Kejohanan MSSM Gimrama diteruskan lagi dan kini sudah pun memasuki hari ketiga, dua pasukan pencabar terbesar, Selangor dan Kuala Lumpur dilihat kekal dengan momentum kemenangan apabila mendahului dengan jumlah pungutan emas.

Marcie Elsa Valerina Kennedy, atlet gimrama buat pasukan Kuala Lumpur antara yang berjaya memberikan aksi terbaik sekali gus merebut dua pingat emas bagi saingan hari kedua dalam acara bola dan belantan.

Marcie juga mengakui sedikit kecewa kerana tidak dapat merebut kesemua pingat emas dalam acara yang disertainya memandangakan kejohanan MSSM kali ini adalah yang terakhir buatnya sebelum mula fokus dalam pelajaran.

Tidak ketinggalan adik-adik cilik yang menyertai saingan hari ketiga, Cassidy Tan Jia Xin dan Sui Ruzanne dalam acara gelung dan bola juga dari pasukan Kuala Lumpur.

Berpuas hati dengan aksi yang diberikan namun tetap merasakan perlu memperbaiki dalam beberapa aspek sekali gus menyimpan hasrat untuk membolot kesemua pingat yang dipertandingkan.