Beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan dalam Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2022 di Subang Jaya, Selangor malam tadi.
Pasangan itu melakar kejayaan membanggakan setelah mengungguli Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo pada Ogos tahun lalu.
Aaron-Wooi Yik menewaskan gandingan Indonesia yang digelar The Daddies, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 21-19, 21-14 dalam aksi final.
Pencapaian tersebut menjadi sejarah baru dalam arena badminton negara apabila menjadi pemain pertama Malaysia yang berjaya menggondol gelaran dunia.
“Anugerah ini membuatkan kami lebih bermotivasi dan akan berusaha lagi untuk mengharumkan nama negara.
“Kami mahu membanggakan Malaysia dengan lebih banyak kejayaan selepas ini.
“Terima kasih kepada semua yang sokong kami KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia), terutama presiden, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria,” katanya.
Mereka, bagaimanapun tidak hadir dalam majlis itu kerana berada di Yeosu bgi menyertai Terbuka Korea bermula hari ini.
Aaron dan Wooi Yik mengetepikan cabaran Datuk Syarul Azman Mahen Abdullah atau 'Mike', juara fizik atlet 167 sentimeter dalam Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia di Phuket Disember tahun lalu.
Calon lain ialah pemenang pingat emas angkat berat Sukan Komanwel Birmingham pada Julai tahun lalu, Aznil Bidin (61 kilogram) dan Aniq Kasdan (55 kg).
Berkenan menyampaikan anugerah kepada pemenang ialah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pemenang gelaran itu membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM20,000.
Dalam pada itu, anugerah Olahragawati Kebangsaan menjadi milik gimnas negara, Ng Joe Ee, yang bakal mencecah usia 18 tahun pada Disember depan.
“Saya tidak pernah terfikir akan menerima anugerah ini,” katanya.
Pemilihan Joe Ee berdasarkan pencapaiannya memenangi dua pingat emas dalam Sukan Komanwel di Birmingham tahun lalu.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu muncul satu-satunya atlet dari kontinjen negara memenangi lebih satu pingat emas dalam temasya berkenaan selepas mengungguli acara aparatus individu Bola dan Riben.
“Saya terlalu gembira dengan pengiktirafan ini, ia benar-benar satu kejutan.
“Ramai atlet cemerlang di negara kita dan tidak sangka saya salah seorang daripada mereka.
“Anugerah ini mendorong saya untuk bekerja lebih keras dan memberikan yang terbaik buat Malaysia,” katanya.
Calon lain bagi anugerah olahragawati ialah pemenang pingat perak acara tiga meter (m) papan anjal individu wanita Sukan Komanwel Birmingham, Nur Dhabitah Sabri, dan seorang lagi penerjun wanita negara, Datuk Pandelela Rinong.
Pandelela adalah Olahragawati Kebangsaan empat kali termasuk 2021 dan meraih tempat keenam platform 10m Piala Dunia Fina di Berlin, Oktober lalu.
Turut berada dalam senarai ialah Nur Ain Syuhada Mohd Asri, yang meraih pingat gangsa perseorangan Kejohanan Petanque Dunia di Karslunde, Denmark Mei lalu.
Nur Amisha Azrilrizal pula membawa gelaran kelas 51 kg bawah 23 tahun Kejohanan Muay Thai Dunia di Bangkok.
ASN 2021 yang berlangsung di MSN, Bukit Jalil pada 31 Januari lalu, menobatkan Datuk Azizulhasni Awang (berbasikal) dan Pandelela sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.
Senarai Pemenang Anugerah Sukan Negara 2022
1) Olahragawan Kebangsaan: Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (Badminton)
2) Olahragawati Kebangsaan: Ng Joe Ee - (Gimrama)
3) Olahragawan Paralimpik Kebangsaan: Cheah Liek Hou (Para Badminton)
4) Olahragawati Paralimpik Kebangsaan: Lim Carmen (Para Renang)
5) Pasukan Lelaki Kebangsaan: Hoki
6) Pasukan Wanita Kebangsaan: Pearly Tan dan M Thinaah (Badminton)
7) Jurulatih Lelaki Kebangsaan: Arul Selvaraj (Hoki)
8) Jurulatih Wanita Kebangsaan: Beh Lee Wei (Ping pong)
9) Tokoh Sukan Kebangsaan: Datuk Wira Mazlan Ahmad (Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara 1995 - 2005)
10) Kepimpinan Sukan: Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said (Naib Presiden Kesatuan Sukan Universiti Asia Pasifik 2016 -2019)
11) Anugerah Khas:
- Desmond David dan Ann Marie David - Bekas pemain bola sepak kebangsaan serta bapa dan ibu kepada legenda skuasy negara, Datuk Nicol David.
- Datuk Fauzi Omar - Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (1990-1998) dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Persekutuan Wartawan Sukan Antarabangsa.
- Ahmad Merican Othman - Pengarah Pelajaran Perlis, Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.
- Soh Wai Ching - Pengasas Persatuan Larian Menara Malaysia, menghuni ranking kedua dunia dalam sukan larian menara.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 18 2023
Terbuka Slovenia: Kebangkitan Justin Hoh bawa kepada kejuaraan
Pemain perseorangan negara, Justin Hoh, kembali mencetak nama sebagai juara selepas berehat panjang akibat kecederaan yang dialaminya sebelum ini.
Terbuka Thailand: Lee Zii Jia tamat kemarau kejuaraan atasi Angus Ng
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Thailand dengan menewaskan jaguh Hong Kong, Angus Ng Ka Long dalam perlawanan akhir di Bangkok sebentar tadi.
Terbuka Thailand final kedua Lee Zii Jia dalam tempoh tiga tahun
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, berjaya melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Thailand BWF yang merupakan final keduanya dalam tempoh tiga tahun dengan kali terakhir dalam Kejohanan Terbuka Finland, tahun lalu.
Terbuka Thailand BWF: Lee Zii Jia bangkit ke final
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, bangkit dariapda ketinggalan satu set untuk mengatasi jaguh Taiwan, Chou Tien Chen, dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok sebentar tadi.
Astro Kem Badminton: Sambutan meriah di Kota Bharu
Kota Bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan Astro Kem Badminton minggu ini sebagai usaha mencari bakat baru badminton negara.
Terbuka Thailand BWF: Arif-Roi King terpaksa akur kehebatan pilihan utama dari India
Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roi King, terpaksa akur dengan kehebatan gandingan pilihan utama dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, sekali gus tewas mudah dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok sebentar tadi.
Terbuka Thailand BWF: Perjuangan Choong Hon Jian-Haikal Nazri tamat dalam suku akhir
Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, kandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand BWF selepas tewas kepada gandingan Taiwan, Lu Ming Che-Tang Kei Wei, di Bangkok sebentar tadi.
Masters Malaysia 2024 terima kehadiran juara dunia
Meskipun Kejohanan Masters Malaysia 2024 hanya berstatus Super 500, saingan ini menjadi medan berprestij dengan kehadiran pemain-pemain di kedudukan terbaik dunia ketika ini.
Terbuka Thailand BWF: Lee Zii Jia pamer ketenangan ke separuh akhir
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, mempamerkan ketenangan untuk melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand BWF dengan menewaskan wakil China, Lu Guang Zu, dalam aksi tiga set di Bangkok, Thailand sebentar tadi.
Terbuka Thailand: Leong Jun Hao timba lebih banyak pengalaman peringkat tinggi
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mengakui pengalaman beraksi dalam kempen Piala Thomas 2024 di Chengdu, China baru-baru ini membantu dalam mematangkan permainannya semasa Terbuka Thailand Super 500.
Verstappen holds off Norris for Emilia Romagna Grand Prix victory
Verstappen beats Norris at Imola
Casemiro hits back at critics over Man Utd performances
Casemiro is one of the Manchester United players to come under fire in recent weeks, but he says he does not listen to the critics.
IPL: Sunrisers cruise to victory to boost second-place hopes
Sunrisers ease to victory
Chelsea players must set ego aside or 'situation will hardly change', Silva warns
Thiago Silva warns Chelsea
Raducanu withdraws from French Open qualifying
Raducanu out of RG qualifying
Mbappe left out of PSG squad for final Ligue 1 game
Kylian Mbappe has played his last league game for PSG, as he is not named in Luis Enrique's squad for their final match against Metz.
Thailand Open: Zii Jia wins one-sided final
Lee Zii Jia turned in a dominant performance to win the Thailand Open men's singles title after a one-sided 21-11, 21-10 victory over Angus Ng Ka Long in Bangkok on Sunday.
Arsenal 'can't get too emotional' ahead of final day, Odegaard insists
Martin Odegaard has called for calm from Arsenal heading into what promises to be a dramatic final day of the Premier League season.
Pioli says he 'raised expectations' for Milan; Juric to leave Torino
Stefano Pioli is under increasing pressure in Milan but thinks critics are quick to forget their achievements during his time in charge.
'Age is not an issue', insists energised Casemiro
Casemiro has endured a frustrating season at Manchester United, but the midfielder is feeling positive about life with the Red Devils.