Pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern, akhirnya mengumumkan menggantung raket selepas dua dekad berbakti kepada negara dalam sukan itu.

Pemain berusia 32 tahun itu, yang pernah menduduki ranking kelima dunia sebelum ini, pernah menyuarakan hasrat itu tahun lalu selepas bergelut untuk mencapai prestasi terbaik.

"Dengan emosi yang bercampur-campur, saya mengumumkan persaraan saya daripada skuasy profesional pada hari ini tidak dapat dielakkan tetapi betapa perjalanannya!

"Saya berterima kasih kepada pasukan saya yang menyokong saya, penaja saya dan semua orang sepanjang perjalanan ini.

"Sokongan yang tidak berbelah bahagi yang saya terima telah menjadi penggerak di sebalik perjalanan yang tidak dapat dilupakan ini," katanya.

Biarpun tidak lagi aktif di gelanggang selepas ini, dia bertekad untuk terus menyumbang kepada pembangunan pelapis baru sukan itu.

"Walaupun bab ini berakhir, semangat saya untuk sukan ini dan memberi inspirasi kepada orang lain tetap kekal.

"Inilah permulaan baru, perjalanan baru yang penuh dorongan, keazaman dan motivasi.

"Saya teruja dengan peluang yang akan datang. Terima kasih semua kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini! Saya diberkati tidak terkata," katanya.

--Sinar Harian