Skuad hoki negara akan mengakhiri baki saingan persahabatan Siri Jelajah Eropah bertemu Belanda dan India selepas mencipta persembahan cemerlang di Jerman, baru-baru ini.

Ketua jurulatih, Sarjit Singh, berpuas hati apabila pemainnya bangkit daripada kekalahan lalu untuk mencatatkan kemenangan besar 9-2 ke atas Kelab Hoki Monchengladbach, semalam.

Selepas dibelasah Jerman 1-10 kelmarin, The Speedy Tigers tidak mudah patah semangat untuk membenam cabaran Monchengladbach dengan Faizal Saari muncul pemain paling cemerlang dengan empat gol.

Sebelum ini, The Speedy Tigers turut mengejutkan skuad Belgium B dengan melakar dua kemenangan berturut-turut dengan keputusan sama 3-2 di Antwerp.