Skuad hoki Perak mempamerkan sensasi menamatkan kemarau 10 tahun pingat emas apabila melakukan kebangkitan menewaskan Pahang dalam perlawanan akhir Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.

Pahang begitu hampir meraikan kejuaraan mereka berikutan memimpin permainan 3-2 sebelum kem pasukan Perak menyamakan kedudukan menerusi jaringan daripada sudut penalti, sekali gus menyangkal kegembiraan Pahang untuk menuju penentuan pukulan penalti shootout.

Perak akhirnya memenangi pertemuan getir itu apabila mengungguli penalti shootout 3-2 bagi menggondol pingat emas kejohanan dwitahunan itu.

"Pertama kali impian saya mahu menyarung jersi kebangsaan tetapi sekiranya tidak berjaya saya akan cuba menjadi pelapis di peringkat junior.

"Rahsia tersebar saya ialah sebelum turun ke padang, saya akan menelefon keluarga saya untuk memohon restu sambil mendoakan saya menjadi pemain hebat ketika sedang beraksi.

"Kepada mak dan ayah, terima kasih sebab sokong angah!" katanya.