Ketua pasukan hoki Universiti Putra Malaysia, Mugni Mohamad Kamal, melaungkan amaran membawa misi balas dendam ingin merampas kejuaraan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) di Universiti Utara Malaysia selepas dikecewakan dalam edisi lalu.

Kekalahan disebabkan kesilapan mudah ke atas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam perlawanan final lalu telah menyemarakkan semangat untuk mempamerkan aksi terbaik kali ini.



Penampilan kali ini bakal diperkuat dengan enam orang pemain kebangsaan bagi membantu merealisasikan impian selain merasakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mampu menjadi pencabar hebat.

"Pasukan dalam persiapan terbaik dan tiada sebarang kecederaan tatkala kami mensasarkan juara dan menjadikan pemain kebangsaan sebagai kelebihan sambil melihat seteru utama, UPSI, menggunakan pemain junior kali ini," katanya.