Penyerang hoki negara, Faisal Saari, bakal catat kap ke-300 bersama The Speedy tigers menjelang Trofi Juara-Juara Asia di China, bermula 8 September depan.

Penggempur berusia 33 tahun itu kini mengumpul 296 kap dengan 150 jaringan sejak 2009.




Dia antara 19 nama yang dipanggil ketua jurulatih negara, Sarjit Singh, ke Mongolia.

Juara bertahan, India selain Pakistan, Jepun, China dan Korea Selatan bakal menjadi cabaran Malaysia selepas muncul naib juara, tahun lalu