Skuad hoki negara sekali lagi mengatasi Belgium B 3-2 dalam siri aksi persahabatan Jelajah Eropah di Antwerp sebentar tadi.

Speedy Tigers meraih kemenangan dengan keputusan sama dalam aksi pertama pada Isnin lalu sebelum tewas 2-4 kepada lawan sama itu kelmarin.

Kali ini, skuad negara kembali mendapatkan momentum kemenangan dengan mendahului 3-0 hasil jaringan berganda Faizal Saari (m-1, m-16) dan gol Fitri Saari (m-19).

Bagaimanapun, Belgium B cuba mengejar dengan jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-44 dan gol padang pada minit ke-57.

Skuad hoki negara seterusnya akan ke Monchengladbach, Jerman, bagi dua lagi perlawanan persahabatan.