Skuad hoki negara akan mengakhiri baki saingan persahabatan Siri Jelajah Eropah bertemu Belanda dan India meskipun terpaksa menerima hakikat sebenar, jurang ketara kualiti yang semakin besar.

Kendatipun begitu, penjaga gol The Speedy Tigers, Hafizuddin Othman, menegaskan bahawa dia dan rakan-rakannya menimba pengalaman berharga selain menganggap ia satu proses pembelanjaran yang baik walaupun mengalami kecederaan bahu.

"Walaupun merekodkan jaringan bolos yang besar di Jerman, penjaga gol simpanan memperoleh pengajaran berharga apabila melaksanakan peluang tersebut sebaik mungkin.

Sementara itu, penjaga gawang berusia 32 tahun itu masih lagi trauma dengan kecederaan bahu yang dialaminya ketika saingan Piala Negara-negara di Poland, tempoh hari.

"Saya masih dalam proses pemulihan untuk kembali cergas dan sedang fokus untuk memperbaiki kecederaan yang saya alami sekarang.