Skuad hoki negara mencatatkan kekalahan ketiga selepas tewas kepada pasukan Belanda sebelum Belgium B dan Jerman menewaskan pasukan kebangsaan dalam perlawanan persahabatan Siri Jelajah Eropah di Kelab Hoki Arnhem, Belanda.

Pasukan Belanda mudah mencipta kemenangan menerusi jaringan 5-0 tanpa balas sehingga wisel penamat dibunyikan mengakibatkan skuad kendalian Sarjit Singh gagal memperoleh sebarang jaringan.



The Speedy Tigers akan bertemu India sebagai perlawanan terakhir bagi melengkapkan jelajah aksi pemanas badan untuk mendepani cabaran seterusnya.