Selepas gagal melayakkan diri ke Piala Dunia Hoki Remaja 2021 ekoran pembatalan Piala Remaja Oceania 2021 disebabkan pandemik Covid-19, slot Australia ke pentas dunia terkubur.

Biarpun begitu, di edisi kali ini, pengendali Australia, Jay Stacy, menyifatkan anak buahnya perlu berwaspada dalam aspek kepantasan barisan pemain Malaysia pada 8 Disember.

Ini kerana prestasi skuad muda negara semakin meningkat dan ianya agak membimbangkan.

"Kami telah menjalani persiapan yang baik, kami bakal berdepan Argentina kemudian melihat bagaimanapun perjalanan kami," katanya.

"Saya berasakan mereka telah mempamerkan peningkatan sejak kebelakangan ini, saya yakin mereka mampu bermain dengan baik di laman sendiri."

Bagaimanapun, Stacy menegaskan persiapan tambahan telah diterapkan dan skuadnya bersedia sepenuhnya bagi menghadapi kejohanan kali ini.

Skuad remaja Australia merangkul gelaran sulung kejohanan pada edisi 1997 di England.