Xabi Alonso berkata bahawa ia bukanlah masa yang sesuai untuk meninggalkan Bayer Leverkusen dan menjadi pengurus baru pasukan Liverpool.

"Kami membina semangat juang yang tinggi di sini. Saya merasakan terlalu banyak sebab untuk terus berada di Jerman dan keputusan itu dibuat setelah kami melakukan pencapaian yang sangat di banggakan,” kata Alonso kepada TNT Sports.

"Saya ialah sebahagian daripada pasukan ini. Selepas satu tahun, saya ingin terus komited dan ia bukannya masa yang sesuai untuk meninggalkan pasukan hebat ini”. Katanya.