Penyerang Liverpool, Darwin Nunez, memimpin kemenangan Uruguay dalam saingan Copa America ke atas Bolivia, mengungguli Kumpulan C dan mara ke peringkat kalah mati.

Dua jaringan separuh masa pertama menceritakan pengesahan Uruguay ke peringkat kalah mati Copa America dengan kemenangan 5-0 ke atas Boliva. Jaringan awal daripada pemain muda Manchester United, Facundo Pellistri mengatur rentak rentak buat pasukan.

Darwin Nunez menambah jaringan pasukannya pada minit ke-21, gol penentu perlawanan tersebut. Skuad kendalian Marcelo Bielsa mengawal penuh perlawanan daripada setiap aspek dan tidak memberi ruang buat lawan.

Tiga lagi jaringan terhasil ketika Uruguay melepaskan pesta gol mereka, bermula ada minit ke-76, Maxi Araujo berjaya melorongkan bola melepasi garisan gol dan lima minit kemudian giliran bintang Real Madrid, Federico Valverde, sebelum Rodrigo Bentancur turut bertindak sebagai penjaring.

Uruguay bakal kembali ke gelanggang beraksi dengan tuan rumah, Amerika Syarikat dalam aksi terakhir peringkat kumpulan 2 Julai ini.