England melayakkan diri ke separuh akhir Euro 2024 berikutan kemenangan penentuan penalti yang penuh dramatik ke atas Switzerland.

Switzerland mendahului pada minit ke-75 menerusi Breel Embolo namun England segera bangkit, dengan bintang Arsenal, Bukayo Saka, menjaringkan gol dari luar kotak penalti lima minit kemudian.

Perlawanan kemudian melewati masa tambahan kemudian ke penalti. Penjaga gol England dan Everton, Jordan Pickford, cemerlang menafikan penalti Manuel Akanji.

Pengambil penalti England, Cole Palmer, Jude Bellingham, Bukayo Saka, Ivan Toney, dan Trent Alexander-Arnold kesemuanya melengkapkan jaringan dan membawa England ke separuh akhir berdepan Belanda.

Untuk rekod, penalti bintang Liverpool itu merupakan percubaan terkedua terpantas dalam sepanjang kejohanan tersebut.

Rembatan deras Trent Alexander-Arnold mencatatkan kelajuan mencecah 125.6 km/j menerusi teknologi Adidas yang terletak dalam bola kejohanan.

Ia adalah sepakan kedua paling terpantas dalam kejohanan itu setakat ini. Usaha luar biasa itu menembusi gawang jalan ke sudut kiri, sekaligus menutup kemenangan England.

Satu-satunya percubaan daripada permainan terbuka untuk mengatasi serangan Alexander-Arnold ialah rembatan kapten Slovenia, Erik Janza, ketika seri 1-1 dengan Denmark, yang mencapai kelajuan 128.76 km/j.