Sabah ketinggalan empat gol di belakang Terenganu menjelang separuh masa aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ketika ini.

Pemain kelahiran Jerman yang mewakili Filipina di peringkat antarabangsa, Manuel Ott, membuka jaringan buat tuan rumah seawal minit kesembilan apabila bertindak bijak menunggu hantaran ketua pasukan, Safawi Rasid, sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Seorang lagi penyerang import, Ismahil Akinade, menggandakan kelebihan skuad Peteh itu pada minit ke-37 dengan tolakan mudahnya selepas Ott memperdayakan deretan pertahanan lawan.

Ternyata dua gol masih belum cukup buat Terengganu dan Marin Pilj memastikan mereka berkelebihan lebih selesa berbaki tiga minit sebelum ke bilik persalinan dengan melepaskan voli gemilangnya dari dalam kawasan penalti yang menuju tepat ke sasaran.

Akinade kemudian memperoleh jaringan kedua peribadinya dalam waktu kecederaan, sekali lagi hasil bantuan gerakan licik Ott.