Tonggak utama Napoli, Khvicha Kvaratskhelia, menjadi pemain paling banyak melakukan gerakan menggelecek dengan keseluruhannya sebanyak 21 kali ketika beraksi buat skuad Georgia dalam saingan EURO 2024 kali ini.

Diikuti dengan pemain berusia 16 tahun dari Sepanyol iaitu Lamine Yamal dengan jumlah 13 gerakan menggelecek bersama Sepanyol.



Yamal diberikan kepercayaan oleh Luis de la Fuente untuk berada dalam kesebelasan utama skuad Sepanyol ketika dua aksi awal peringkat kumpulan dan berjaya memberikan bantuan jaringan ketika berdepan Crotia.

Georgia bakal berdepan cabaran Sepanyol dalam pusingan kalah mati awal pagi ini. Manakala, skuad The Three Lions akan berdepan cabaran Slovakia sebentar lagi.