Jude Bellingham meraikan hari lahirnya yang ke-21 di Kejohanan Euro 2024 bersama-sama skuad England di Blankenhain pada Sabtu - kejayaan terbaiknya adalah sebagai pemenang La Liga dan Liga Juara-Juara pada musim pertamanya di Real Madrid.

Bellingham menerima ucapan tahniah daripada James Maddison dari Tottenham serta pemain tengah Perancis dan rakan sepasukan Real Madrid, Aurelien Tchouameni, antara lain.

Walau bagaimana pun, Bellingham belum lagi menunjukkan taring sebenarnya sepanjang beraksi di Jerman.

Belakangan ini Bellingham telah mendapat perhatian yang tidak memuaskan. walaupun memulakan kempen Euro 2024 dengan hebat dengan menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan pembukaan England menentang Serbia.

Sejak itu, Bellingham bukan sahaja beraksi dengan buruk tetapi menjadi tumpuan kerana pamer bahasa badan yang tidak selesa apabila seri menentang Slovenia yang memastikan England mengungguli Kumpulan C ketika itu.

Selepas ini England akan menentang Slovakia dalam pusingan 16 terakhir di Gelsenkirchen pada Ahad. .

Bellingham memiliki kebolehan bertaraf dunia, serta kematangan yang luar biasa dan mempunyai perwatakan tersendiri untuk seseorang yang masih muda.

Terdapat laluan yang berpotensi untuk Three Lions ke final di Berlin pada 14 Julai, tetapi hanya jika pasukan Southgate dapat mencari strategi dan kualiti permainan yang terbaik bagi meletakkan mereka di antara pasukan kegemaran kejohanan.