Separuh masa pertama menyaksikan Slovakia mendahuli England 1-0 di Arena AufSchalke di Galsenkirchen, sebentar tadi.

Tiga kad kuning dikutip oleh pemain The Three Lions iaitu Marc Guehi dan Kobbie Mainoo dan Jude Bellingham dalam 15 minit pertama perlawanan selepas melakukan kekasaran terhadap pemain Slovakia.



Manakala, dua kad kuning dilayangkan kepada pemain Slovakia atas kekasaran.

Ivan Schranz menyempurnakan peluang terbuka dengan jaringan pembukaan hasil lorongan kemas David Strelec untuk meletakkan Slovakia mengatasi England pada minit ke-25.

Jentera serangan England dilihat sukar untuk mengatasi barisan pertahanan Slovakia yang lebih berdisiplin semasa bertahan untuk keputusan kekal 1-0 dalam separuh masa pertama.