Georgia berjaya mengikat Sepanyol 1-1 dalam separuh masa pertama pusingan 16 saingan EURO 2024 di Stadium Cologne, sebentar tadi.

Sepanyol mendominasi awal aksi separuh masa pertama hingga memaksa anak buah Willy Sagnol berkerja keras dari segi pertahanan.



Begitupun, ketika Sepanyol rancak mengatur gerakan, Georgia mendapat kesempatan melalui satu hantaran ke dalam kotak penalti lalu terkena tepat ke arah Le Normand hingga menyebabkan jaringan sendiri pada minit ke-18 untuk kedudukan berubah 1-0.

Jaringan Sepanyol pula hadir menerusi bintang Manchester City, Rodri, yang merembat bola dari luar kotak penalti sekali gus menewaskan Giorgi Mamardashvili.

Kedudukan terikat 1-1 hingga wisel penamat dibunyikan. Baki 45 minit bakal menentukan pasukan mana yang akan melangkah ke peringkat suku akhir.