Perlawanan ketiga kalah mati EURO 2024 antara England dan Slovakia bakal berlangsung sengit malam ini dengan masing-masing mahu menempah slot suku akhir.

Skuad The Three Lions buat pertama kali memberikan kepercayaan kepada bintang Manchester United, Kobbie Mainoo dalam kesebelasan utama dan Jude Bellingham dan Declan Rice kekal mengemudi bahagian tengah.




Penggempur utama kekal dengan England mempertaruhkan Harry Kane bersama Phil Foden, Bukayo Saka untuk mejaringkan gol.

Manakala, Slovakia mengharapkan penjaga gawang berpenggalaman Martin Dubravka sebagai benteng pertahanan terakhir.



Bintang Paris Saint-Germain, Milan Škriniar dan Stanislav Lobotka dan Lukáš Haraslín akan menjadi watak utama skuad Slovakia pagi ini untuk membawa pasukannya melangkah ke peringkat suku akhir.