Dua pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, tidak menjaringkan sebarang gol dalam peringkat kumpulan sepanjang kerjaya mereka bergelar sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Ini merupakan kali pertama bekas pemain Barcelona dan Manchester United itu gagal menyumbat jaringan dalam kejohanan berprestij -- Copa America dan Euro 2024 ketika mewakili negara masing-masing.

Kendatipun begitu, kedua-dua pemenang Ballon d'Or itu masih mempunyai mempeluang untuk membantu pasukan selepas berhasil membawa negara mereka ke pusingan kalah mati untuk mengekalkan misi kejuaraan.