Penjaga gol Kedah Darul Aman (KDA), Ifwat Akmal Che Kassim, mengakui semangatnya tidak pernah luntur untuk membantu rakan-rakannya meskipun kelab itu berdepan situasi sukar melibatkan isu kewangan.

Pemain berusia 28 tahun itu enggan mensia-siakan peluang untuk kembali memikul tugsa selaku penjaga gawang utama Sang Kenari selepas penghijrahan Kalamullah Al-Hafiz yang menyertai Selangor, September lalu.


Dalam masa sama, dia berharap skuad kendalian Nafuzi Zain itu mampu konsisten meraih keputusan positif terutamanya berjaya melakar kejutan berdepan Terengganu di Stadium Darulaman, Sabtu lalu.

"Mungkin ada hikmahnya. Saya kena pastikan kondisi saya berada dalam keadaan baik kerana posisi nombor satu ini hanya mempunyai dua orang sahaja.

"Saya harap kami dapat mengekalkan momentum kemenangan untuk memperbaiki kedudukan yang lebih baik.

"Walaupun pelbagai isu dalaman, kami tetap beri tenaga yang tinggi, bekerja sungguh-sungguh buat sehabis baik demi majikan kami.

"Saya harap majikan kami dapat membuat sesuatu kerana jumlah kewangan bukanlah sikit, malah banyak," katanya kepada Nadi Arena.