Susulan pengumuman rasmi yang dibuat kelab bola sepak Carabat yang ditubuhkan pada Oktober tahun ini, Sharnaaz Ahmad selaku pemilik kelab itu menyatakan bahawa usaha penubuhan kelab ini adalah untuk dijadikan platform kepada barisan pemain amatur mempamerkan bakat mereka.

"Saya bersyukur, sasaran kami mahu mara ke Liga Amatur. Tetapi sekarang ini kami baru bermula dan masih memerlukan tunjuk ajar daripada pasukan berpengalaman lain.

"Nama Carabat adalah dalam bahasa Penang yang bermaksud panjat. Ini adalah jenama yang saya buat sendiri dan mahu gunakan untuk pasukan saya sendiri," ujarnya.






Dia yang merupakan pelakon terkenal malaysia salah satu sebab menguatkan lagi usahanya bagi membangunkan kelab bola sepak Carabat adalah kerana minat yang dipamerkan oleh anaknya yang bernama Jebat.

Untuk rekod, Jebat sangat meminati penyerang sensasi terbaik dunia iaitu Cristiano Ronaldo.

"Sasaran saya dalam masa satu tahun ialah saya ingin membuka pasukan untuk pasukan muda, kanak-kanank dan B-23. Anak saya Jebat dibawah Akademi milik Safiq Rahim. Yang membuka hati saya untuk membuka kelab ini adalah anak saya yang meminati Ronaldo." katanya.





Pasukan Carabat cemerlang dalam perlawanan persahabatan yang dilaksanakan di EV Arena Shah Alam apabila berjaya menumpaskan Bangi City, 4-0 Sabtu.