Agensi Kim Min-Jae, Orange Bowl, mengumumkan pemainnya itu telah memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan bersama selepas perbincangan teliti dan telah menyelesaikan proses perceraian selepas mencapai persetujuan bersama isternya, Ahn Ji Min, hari ini.

"Kami meminta maaf diatas berita yang telah dikeluarkan ini terutamanya pada peminat yang sudah menyokong kejayannya, walau bagaimanapun dia tetap akan menunjukkan prestasi yang baik.

"Kedua-duanya memutuskan untuk bercerai disebabkan perbezaan dalam keperibadian mereka, tetapi mereka tetap menyokong satu sama lain," jelasnya dalam kenyataan media.





Selain itu, Min-Jae turut menjelaskan, "Sebagai seorang bapa, saya akan melakukan yang terbaik untuk anak saya sebagai keutamaan." katanya

Min-Jae dan isterinya telah mendirikan rumah tangga sejak 2020 semasa bermain untuk pasukan Beijing Guoan di China dan kini mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan.