Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan kelab kedua paling bernilai di ASEAN bagi musim 2024/25 berdasarkan lawan web Transfermarkt, demikian dilaporkan ASEAN FOOTBALL.

Berdasarkan laporan itu, Kelab Thailand, Buriram United, yang merupakan juara bertahan Thai League 1, merupakan pasukan dengan nilai tertinggi iaitu €12.03 juta (RM56.16 juta).

JDT pula di tangga kedua dengan nilai €10.83 juta (RM50.56 juta) disusuli satu lagi kelab gergasi Thailand, BG Pathum United, dengan nilai €9.50 juta (RM44.35 juta)

Dalam pada itu, satu lagi kelab negara, Selangor, berada di tangga keenam dengan nilai €6.98 juta (RM32.59 juta).