Erling Haaland berdepan waktu sukar gagal mencari jaringan ketika Norway terikat seri tanpa jaringan dengan Kazakhstan dalam aksi pembukaan Liga Negara-Negara.

Permulaan kempen Norway bagi saingan Liga Negara-Negara edisi kali ini berdepan kekecewaan di Almaty.

Haaland yang merupakan penjaring gol terbanyak bersama bagi edisi 2022-23 (bersama Aleksandar Mitrovic) dengan enam jaringan, namun dia gagal menemui jaring selepas dihidangkan beberapa peluang keemasan.

Penyerang prolifik Manchester City melepaskan tandukkan pada minit ke-24 melepasi palang gol, kemudian melakukan percubaan liar lima minit kemudian.

Norway mendominasi permainan berdepan Kazakhstan yang berjaya memastikan gawang tidak dibolosi hingga tamat permainan.

Kapten Arsenal, Martin Odegaard, menjadi pemain yang paling cemerlang dalam persembahan Norway, menghasilkan empat peluang buat rakan sepasukan dan melakukan hantaran paling banyak dalam kawasan pasukan lawan (41).