Bintang Manchester City, Erling Haaland, sudah mengumpul sebanyak 22 kali jaringan hatrik sepanjang bergelar sebagai seorang pemain bola sepak selepas membantu skuad Norway mengatasi Kosovo 3-0, awal pagi tadi.

Baru-baru ini, pemain berusia 23 tahun itu menerima anugerah kasut emas Liga Perdana Inggeris (EPL) dua musim berturut-turut selepas merekodkan sebanyak 64 jaringan secara keseluruhan sepanjang berpindah ke kelab terkemuka England itu.